Mengejar Mimpi

23 Aug, 2009

Bulan Ramadhan and Melayu

Posted by: admin In: Diary

<mothertongue language version>

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Diriwayat oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Hari ni, Jeje nak bincang sikit pasal trend melayu ketika bulan Ramadhan. Kita mesti familiar dgn hadith2 kelebihan bulan Ramadhan, bulan penuh dengan rahmat Allah – dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka, dibuka pintu rahmat, diampunkan dosa etc.

Di tanah Arab, bulan Ramadhan  disambut dgn penuh meriah. Mereka disana bercuti untuk menziarahi Masjid Al-Haram. Setiap malam, mereka akan berterawih dan kemudian ziarah-menziarahi saudara. Mereka bermaaf-maafan, membuat rumah terbuka, dan bergembira. Dan apabila masuknya bulan Syawal, mereka akan bersedih kerana bulan Ramadan dah berlalu.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Malas nak huraikan panjang2, kita pulak terbalik dengan mereka yang di tanah Arab. Ini disebabkan kita kurang paham dengan keagungan bulan Ramadhan – bulan dimana pintu rahmat Allah dibuka seluas-luasnya. Dalam erti kata lain, Allah declare, sempena bulan Ramadhan Dia (Allah) menjadi sangat baik hati, sangat pemurah (maha pemurah). Nak ape, mintak je. iPhone, Skyline? no problem.. Minta maaf? ok settle.. Setiap amalan baik dibulan Ramadhan akan dibalas berlipat kali ganda. Tapi kenapa orang melayu kita bermurah2 di bulan Syawal. Pintu rahmat dah tutup (atau kurang luas) kan? Bagi duit raya RM1, pahala RM1 je. Buat open house pada bulan Syawal, sama jela dengan bulan lain kot. Kat TV/radio ade takbir dimainkan di bulan Syawal, tapi kenapa tidak dibulan Ramadhan? So renung-renungkan.

No Responses to "Bulan Ramadhan and Melayu"

Comment Form

Categories